Saturday, January 19, 2019

Kebaikan Urutan Pantang pada Ibu Bersalin Normal, Pembedahan, atau Ibu yang Keguguran.



Salam alaik klien dan bakal klien kami.

Sedikit yang anda perlu tahu mengenai urutan pantang.

Bagi ibu bersalin normal:-
- 3 - 5 hari selepas bersalin adalah masa terbaik berurut. Tidak terlalu cepat, tidak terlalu lewat. Just nice!
- Kenapa tak boleh terlalu cepat? Kerana ibu perlu rehat, dan otot, urat juga perlu rehat. Bagi ruang dan masa untuk badan off sekejap, untuk ibu rehat dan bonding dengan bayi. Besederhana itu ada baiknya.
- Kenapa tak boleh terlalu lewat? Kerana urat sudah keras, angin sudah masuk, ibu akan cepat kebas, cepat marah, cepat bentan, emosi tak stabil, dan boleh break down.

Bagi ibu bersalin ceaser:-
- 7 - 14 hari selepas bersalin pembedahan adalah masa terbaik berurut. Tidak terlalu cepat, tidak terlalu lewat. Macam bersalin normal, just nice!
- Kenapa perlu ada selang waktu itu? Kerana selepas seminggu badan ibu berehat, ibu akan lebih fleksibel dari segi pergerakan dan fleksibel untuk memusing badan ketika diurut. Lebih puas apabila setiap bahagian badan dapat disentuh dan dibetulkan uratnya.
- Kenapa tidak boleh terlalu lewat? Kerana seperti ibu lain, jika lewat, urat sudah keras, angin sudah masuk, ibu akan cepat kebas-kebas, emosi ibu juga akan on-off. Ini kerana pergerakan aliran darah yang tidak lancar dalam badan dan angin dalam badan yang tidak dapat keluar dengan baik.

Bagi ibu keguguran:-
- Jika kandungan ibu gugur 12 minggu ke bawah, disaran untuk berpantang 2 minggu sekurang-kurangnya. Urutan juga perlu ya ibu. Minimum, 3x. Ibu gugur yang kandungannya 12 minggu ke atas, perlu berpantang seperti ibu bersalin biasa sekurang-kurangnya 30 hari, dan minimum 3x urut juga. Sebabnya?
- Ibu keguguran tetap mempunyai urat bermasalah, badan yang lemah, emosi yang tak stabil. Urutan membuktikan disamping mampu memulihkan aliran darah ibu dan membuang angin dalam badan, ia juga membantu mengubah emosi ibu yang sedang depresi ke emosi yang lebih positif.
- Berpantang membantu menyegerakan pemulihan badan ibu gugur. Juga menyediakan badan ibu untuk conceive / mencuba ikhtiar hamil sekali lagi.

Berapa kali paling bagus untuk berurut?
Minimum - 3 x
Paling bagus - 6 - 7x
Maintain Sihat Badan & Tubuh badan cepat kembali ke bentuk asal: 10 - 20x (tidak digalakkan dibuat setiap hari berturut-turut. Perlu ada gap dengan saranan 3x berturut pada awal pantang, kemudian gap seminggu / lebih bergantung pada keadaan tubuh, dan ulang sesi urutan semula.

Contohnya:-
3 x urut di awal pantang.
3 x urut di pertengahan pantang.
3 x urut di penutup pantang.
Jumlah: 9

Pakej yang paling sesuai dan better untuk diambil dan disarankan?
- Pakej yang urut, disekalikan bertungku, dan berbengkung. untuk item seperti param, pilis, tapel, mandian herba, boleh dibuat sendiri dengan belian kit berpantang yang banyak dijual di online atau kedai-kedai jamu / kedai ibu dan bayi.

Paling perlu dielak ketika awal berpantang?
- Sex dengan suami
- Bersauna sebab nak kurus. Ingat, sauna di awal pantang bahaya utk ibu lepas bersalin. Boleh menyebabkan hidrasi, pitam, dan tumpah darah. Disarankan selepas 14 hari minimum, atau 20 hari ke atas lebih baik jika nak sangat bersauna. Tapi, seminggu / 2 minggu, sekali sahaja.
- Bertangas diawal pantang. Boleh, tapi tak digalakkan untuk mengelakkan jangkitan di bahagian vagina kerana campuran darah nifas yang masih banyak mengalir dan wap herba. Gabungan yang tak sesuai dan boleh menyebabkan jangkitan infeksi. Disarankan selepas 14 hari minimum, atau 20 hari ke atas lebih baik. Seminggu, 1x.
- Makanan segera, bergas, air sejuk, sayuran sejuk, makanan berminyak, buah-buahan dan sayuran yang berangin.

Diharapkan penulisan Pn. Husna kali ini membantu. Ibu-ibu masih survey pakej pantang? Berminat untuk dapatkan perkhidmatan dengan kami? Roger Pn. Husna / En. Ahmar ya!

Take care,
Salam alaik,
Pn. Husna.




All About Pantang by Pn. Husna Adilah, BMT Team



Berminat untuk mendapatkan sesi konsultansi bagi pakej dan servis dari BMT Team? Roger Pn. Husna / En. Ahmar ya!


Doa Ketika Berpantang