Polisi Terma & Syarat



PENGESAHAN SLOT DENGAN PEMBAYARAN DEPOSIT 

Invois dan sebut harga ini tidak lagi sah jika pihak pengurusan bookmytherapist tidak menerima deposit 30% (tidak dipulangkan semula) dalam masa 72 jam selepas dikeluarkan kepada klien. Deposit tidak akan dikembalikan kecuali jika berlaku insiden / masalah yang tak diingini terjadi di pihak pengurusan BMT / Terapis / CL. Deposit juga akan dikembalikan 100% jika berlaku insiden (i) keguguran ketika tempoh mengandung atau (ii) kematian bayi selepas melahirkan. Namun begitu, pihak BMT mengesyorkan agar sesi diteruskan kerana klien ini tetap memerlukan jagaan rapi dan rawatan pantang untuk menjaga emosi dan kesihatan mereka. Oleh itu,klien dirayu untuk menimbang tara dan membuat keputusan sebaik-baiknya sebelum membuat bayaran deposit kerana deposit secara umumnya tidak akan dikembalikan kerana telah dijadikan modal untuk persiapan servis. Harap maklum. 


BAKI PEMBAYARAN PAKEJ POSTNATAL/CONFINEMENT/PRENATAL 2019 

Untuk pakej postnatal yang ada lebih dari 1 sesi, baki pembayaran perlu dilakukan kepada pihak pengurusan bookmytherapist selepas selesai sesi yang pertama. Ini bertujuan untuk mengelakkan kelewatan pembayaran dan juga memberi peluang untuk klien menilai mutu servis oleh terapis sambilan dari pasukan bookmytherapist. Bayaran perlu dibuat kepada pihak pengurusan secara perbankan dalam talian (online). Kelewatan dalam pembayaran baki pakej tertakluk kepada Denda Lewat sebanyak RM 30 selepas tempoh 24 jam selesai, dan tambahan RM 50 bagi setiap 3 hari seterusnya. 

TANGGUNGJAWAB TERAPIS DAN CONFINEMENT LADY 

Selepas menerima bayaran penuh, ianya menjadi tanggungjawab dan kewajiban terapis untuk menyempurnakan semua slot servis kepada klien, yang mana jika tidak disempurnakan, klien boleh ambil tindakan undang-undang ke atas terapis sambilan untuk membayar semula baki sesi yang tidak dilakukan. 

PEMAKAIAN BENGKUNG UNTUK KLIEN 

Semua tempahan pakej urutan postnatal akan khidmat pemakaian bengkung secara percuma oleh terapis terpilih (bengkung tidak disediakan, sila hubungi pengurusan BMT jika mahu membeli bengkung untuk kegunaan sendiri). Akan tetapi, tambahan RM15 akan dikenakan untuk permintaan pemakaian bengkung jawa (bengkung panjang yang memerlukan teknik sukar) 

KHIDMAT NASIHAT UNTUK KLIEN 

Khidmat nasihat percuma akan diberikan kepada ibu berkenaan penjagaan bayi dan kesihatan semasa berpantang. 

PENJADUALAN SEMULA DAN PENUKARAN TERAPIS 

Klien atau Terapis boleh membuat penjadualan semula jika kedua-dua pihak setuju dan perlu memberitahu kepada pihak pengurusan BMT dalam tempoh 24 jam notis. Klien atau Terapis boleh mencadangkan penukaran terapis kepada pihak pengurusan BMT sekiranya tidak berpuas hati dengan perkhidmatan atau layanan dari kedua-dua pihak. Pihak pengurusan perlu membuat invois baru dengan harga pakej yang dikira semula disebabkan perubahan kos perjalanan dan kos persiapan terapis. 

PEMBERITAHUAN BERKENAAN PEMBATALAN TEMPAHAN DAN PEMBAYARAN DEPOSIT 

Deposit 30% tidak akan dipulangkan semula bila klien membatalkan tempahan servis atau pakej. Harap maklum. 

PERSIAPAN PIHAK KLIEN 

Klien dikehendaki menyediakan sebuah bilik atau ruang bersesuaian semasa sesi berurut dan juga sebuah tilam yang selesa. Semua barang dan bahan yang digunakan semasa servis akan disediakan oleh terapis kecuali 2 barang di bawah:- 1) Bengkung (khidmat pemakaian percuma diberikan) 2) Bahan masakan makanan pantang Pihak BMT komited dalam memastikan perkhidmatan terbaik kepada setiap klien. Jadi klien diminta untuk bersiap-sedia menunggu Terapis/CL supaya tidak berlaku lengahan masa untuk menghormati jadual klien lain. Kami sedia maklum ketika dalam tempoh servis dijalankan pada ibu dalam pantang, akan berlaku lebihan masa servis kerana memberi ruang kepada ibu untuk menyusukan bayi. Namun, kami mengharapkan agar pihak klien perlu bersiap sedia memastikan bayi dalam jagaan seseorang ketika perkhidmatan dijalankan supaya perkhidmatan menjadi lebih efisien dan mengikut masa; juga tidak mempengaruhi jadual klien yang seterusnya. Maksimum masa menunggu Terapis sepanjang sesi ialah dalam tempoh 30 minit sahaja. Lebihan masa akan dicaj RM 15 selang 30 minit. 

WAKTU PENGURUSAN 

Klien boleh hubungi pihak pengurusan bookmytherapist pada bila-bila masa tetapi maklumbalas cuma dapat diberikan pada waktu pengurusan sahaja:- Isnin - Jumaat (9 pagi - 6 petang) Sabtu (9 pagi - 3 petang) Ahad & Cuti Umum (Cuti) PENOLAKAN TEMPAHAN SECARA TIBA-TIBA Harap maklum bawaha kami tidak dapat membuat tempahan secara tiba-tiba atau segera disebabkan jadual terapis sambilan kami biasanya telah ditempah terlebih awal. Untuk membuat tempahan, kami menggalakkan klien untuk mengikuti garis panduan di bawah:- Urutan Prenatal & Traditional: 7 days sebelum Postnatal & Penjagaan Pantang: 3 bulan sebelum tarikh bersalin Sila tempah slot anda dengan pembayaran deposit untuk mendapatkan servis dari kami yang anda mahukan.