Monday, December 31, 2018

Laporan Prestasi Jualan Servis BMT 2018




SALES BMT Disember 2018 🤲😍
Alhamdulillah syukur,
Dengan tamat nya harini, maka tamatlah harga promosi dan pengenalan dari team bookmytherapist. Alhamdulillah dan syukur kepada Allah atas segala rezeki yg dikurniakan utk kita semua syukur. Rezeki dr kesihatan, rezeki dpt klien yg baik2, rezeki dpt terapis dan cl yg supportive dan berpengalaman, bagus dalam pekerjaan, memudahkan pengurusan, alhamdulillah syukur..
Terima kasih diucapkan kepada klien2 yg mengambil perkhidmatan urutan kami, memberi review, pandangan dan cadangan penambah baikan utk kami lebih maju dan berjaya pd tahun 2019. 🌺
Target Pn. Husna berjaya, iaitu utk mendapatkan sales sebanyak rm30k utk disember 2018. Syukur. Tanpa team yg supportive, pihak pengurusan bmt mungkin x dpt capai angka ini. Terima kasih byk2 team atas kepercayaan anda semua terhadap pengurusan bmt. Kami akan cuba yg terbaik dan lebih baik utk 2019.
Pada 2019, bmt bukan sahaja menawarkan servis urutan utk wanita, kini kami juga akan menawarkan dan menjual produk berpantang secara 1-1 atau secara set mengikut bajet pelanggan. Boleh berhubung dengan manager Ahmar utk belian produk ya. Pakej prenatal dan postnatal juga telah ditambahbaik mengikut bajet dari asas kepada yg paling lengkap utk membantu klien memilih yg terbaik . Pihak pengurusan juga open utk sebarang diskusi atau meet up klien2 jika perlu utk 2019. We can come to see you and help you to pick, and help you feel safe while choosing our service. Insyaallah.
Alhamdulillah, BMT insyaallah akan lebih baik dan better, kami bermula pada 2018, bulan April dengan hanya 4 orang team dan kini telah grow kepada 42 orang terapis dan CL semuanya di sekitar KL dan Selangor. Sales utk tahun ini mencapai RM 100, 460.90 sepanjang 9 bulan beroperasi, dan telah attend lebih daripada 450 -500 orang klien termasuk repeated client. Alhamdulillah dan syukur. 95% review adalah positif dan 5% lagi review akan akan kami tambah baik insyaallah.
Bye2 2018, terima kasih atas tahun ini yg cukup mengajar dan mencabar. salam alaik 2019. Semoga Allah panjangkan umur kita semua, berikan kesihatan yg baik, mudahkan urusan utk kita semua, dan lindungi kita dari bahaya dan kejahatan yg kita tidak nampak, atau yg nyata.
Bismillahirrahmanirrahim... Welcome, 2019 🤝👋🤲🌺💚🌹