Thursday, April 11, 2019

Minimum Urutan Berpantang 3x Membantu Melegakan Sakit Badan Selepas Bersalin



Alhamdulillah,

Pn. Alyn dah selamat selesai berpantang. Syukur kembali sahaja bertugas, terus je memberikan perkhidmatan terbaik beliau, dan mendapat feedback positif yang begitu memberansangkan malah memberi manafaat kepada seluruh team BMT kerana review klien ini turut dimuat turun ke Insta Story beliau.

Terima kasih Puan Sunitha kerana mempercayai servis kami, dan terapis yang kami percayakan untuk membantu anda lebih sihat ketika proses berpantang. Misi kami tercapai, misi terapis tercapai, dan objektif puan utk lebih sihat juga, tercapai. Kami bahagia jika ibu juga bahagia.

Terima kasih ya!

Kepada klien yang kami hormati,

berikan peluang kepada terapis anda sekurang-kurangnya 3 sesi untuk merasa sedap badan ketika urutan berpantang.

Ini kerana sesi pertama urutan, selalunya badan memang akan sakit dengan bekas urutan. Urat puan2 masih lagi keras dan tegang. Kesakitan ditanggung 9 bulan 10 hari tidak boleh hilang dalam masa 1 hari. Kesabaran diperlukan.

Jadi, bersabarlah dan percayakan terapis anda. Kami sentiasa memberikan yang terbaik, dengan ilmu & pengalaman yang kami ada, dan kasih sayang yang kami curahkan tanpa syarat. Ada terapis yang diberi masa 1.5 jam sahaja sesi urutan, tapi akhirnya terlajak ke 2 jam kadang 2 jam lebih, kerana sayang, kasih, dan kasihan kepada klien. Tugas kita bukan kerana mahar semata, tapi keberkatan dan kepuasan yang diraih dalam kerjaan. Seperti saya tekankan kepada klien-klien di setiap pos saya, jangan kedekut untuk sihat. Hadiahkan diri anda sesi urutan dan bertungku sekurang-kurangnya 3x untuk merasa sedap badan selepas bersalin.

mengandung bukan kerja mudah.

bersalin juga bukan kerja mudah.

Ceaser, atau natural, atau normal delivery, pastinya anda tetap sakit. Bahagian masing-masing yang dirasai setiap ibu. Tugas kami adalah memberikan yang terbaik dan berusaha untuk membantu anda lebih sihat selepas perjuangan anda yang tanpa henti ini.

Hari pertama urut = Sakit
Hari kedua urut = Kurang sakit
Hari ketiga urut = Lega.

Jadi berikan masa, berikan peluang untuk badan anda, dan terapis anda membantu anda. Kami tidak lain tidak bukan, turut mendoakan anda sihat dengan segera, sepertimana anda. Setiap perkara ada proses, jadi afdal jika kita ikuti proses itu.

Sekian sahaja coretan saya mewakili BMT Team.

Semoga bermanfaat.

Bagi menempah slot berpantang anda, atau urutan tradisional/ dan urutan prenatal, bolehlah berbuat demikian dengan menghubungi general line kami di 013-6358664.

Atau klik sahaja:-

www.wasap.my/60136358664/bookmytherapist

www.wasap.my/60136358664/bookmytherapist

www.wasap.my/60136358664/bookmytherapist


TQVM!
Pn. Husna.
Director / Manager / Therapist.
BMT Enterprise.