NOTA DARI BMT KHAS UNTUK IBU DAN PENJAGA IBU PANTANG.
MAKANAN HARIAN YANG BAIK DAN BERKHASIAT
UNTUK IBU BERSALIN
Sumber
dipetik dari:- Adab dalam Pantang Bersalin dari Sudut Dunia Perbidanan Melayu
oleh Anisah Barakbah.
Jenis Sayuran Segar:-
Ulam-ulaman seperti pegaga, bunga kunyit, kunyit, serai,
lengkuas, halia, bunga kantan, daun kesum, daun lemuni hitam, daun pudina,
pucuk mengkudu, ulam raja, daun kaduk, daun sekentut, daun cemumar, daun kari,
daun beluntas, daun ruku / daun selasih, sawi, karet, brokoli, daun ketumbar,
daun gajus, daun cekur.
Karot, ubi kentang, daun salad, tomato dan asparagus.
Jenis Ikan-Ikan
Segar:-
Ikan bawal putih, selar kuning, merah, jenahak, kerapu,
kerisi, siakap, senangin, tilapia merah, tenggiri, ikan haruan dan ikan yu.
Jenis daging-daging
Segar:-
Ayam kampong, ayam selasih (ayam hitam), ayam organik,
burung merpati, burung unta (ostrich), lembu, kambing, dan rusa. Dibolehkan
mengambil hati lembu yang mempunyai khasiat menguatkan darah merah ibu
bersalin.
Jenis buah-buahan
Segar:-
Delima, kurma, buah tin, buah zaiton, apricot, epal merah,
pir, anggur (dibolehkan tetapi tidak terlalu banyak kerana boleh menyebabkan
batuk yang mengakibatkan peranak turun), kismis, jus Ribena dan roselle.
Oren, kranberi, peach, strawberi.
Jenis bijirin dan
sumber kekacang yang Berkhasiat:-
Gandum (oats), beras, beras perang, kacang badam, kacang
pistachio, dan jenis pasta seperti spageti, macaroni, dan lain-lain jenis pasta
yang disediakan daripada gandum.
Jenis-jenis rempah
ratus yang berkhasiat untuk menambahkan tenaga dan susu ibu:-
Habbatus sauda atau jintan hitam, halba, kulit kayu manis,
ketumbar, jintan putih, jintan manis, bunga lawing, cengkih, pelage, lada
hitam, dan lada putih.
Pantang Larang
Pemakanan:-
·
Makanan tidak segar, diproses, makanan dalam
tin, makanan yang disejukkan.
·
Sayuran berciri sejuk dan berangin:- kobis,
bayam, terung, semua jenis labu, kacang panjang, timun, tauge, dan bunga kobis.
·
Makanan laut:- udang, ketam, jenis siput,
sotong.
·
Makanan berkeju, belacan, ikan kering, udang
kering, jeruk sayuran, dan jeruk buahan.
·
Minuman sejuk dan bergas.
Tips Memperbanyak
Susu Ibu Secara Tradisional
Resepi Air Rebusan
Halba – diamal 2x sehari.
-
1 sudu the penuh biji halba (direbus dengan 2
cawan air sehingga tinggal 1 cawan air halba)
-
Tapis air itu dan tunggu suam-suam panas
-
Masukkan 1 – 2 sudu teh madu sebelum diminum
(jika tiada madu, gula dibolehkan)
Resepi Air Kurma
Pandan – diamal 2x sehari.
-
Kupas 21 biji kurma, isinya diambil dan direbus
bersama daun pandan (1-2 helai)
-
Tapis air itu dan tunggu suam-suam panas
-
Masukkan 1 -2 sudu teh madu sebelum diminum
(jika tiada madu, gula dibolehkan)
Tips dan Info Susuan
Untuk Ibu
Umur
|
Kekerapan Menyusu Sehari
|
Kuantiti Susu (auns)
|
< 1 minggu
|
6 – 10x
|
2 – 3 oz
|
1 minggu – 1 bulan
|
7 – 8x
|
2 – 4 oz
|
1 – 3 bulan
|
5 – 6x
|
4 – 5 oz
|
3 – 6 bulan
|
4 – 5x
|
6 – 7 oz
|
6 – 9 bulan
|
3 – 4x
|
7 – 8 oz
|
9 – 12 bulan
|
3x
|
7 – 8 oz
|
*1 oz = 30ml
Tanda Bayi Dapat
Cukup Susu:-
1)
Bayi kenyang dan puas
2)
Berat badan naik setiap minggu
3)
Bayi aktif dan peka
4)
Sekurang-kurangnya 6 diapers basah sehari
Rutin Ibu Dalam
Pantang.
Cadangan Yang Boleh Diikuti Ketika Berpantang
Masa
|
Cadangan
/ Panduan Ibu
|
8 pagi
|
Bersarapan Ringan
|
8.30 pagi
|
Menguruskan Bayi (Mandi dan Susukan)
|
9 pagi
|
Mandi Herba dan Bersihkan Diri
|
9.30 pagi
|
Sesi Bertungku (Sekurang-kurangnya 15 minit / 30 minit)
-
Tungku di bahagian perut, ari-ari, celah
kelengkang, pinggang, dan tapak kaki.
-
Boleh juga bertuam di bahagian dada bagi bantu
lancarkan susu dan kurangkan bengkak susu.
|
10 pagi
|
Berparam / Sapuan Minyak panas di seluruh badan.
Bertapel / Sapuan Losyen panas di perut.
Berpilis / Sapuan pilis di dahi.
Berbengkung dan berstoking.
Mengikat rambut dengan kemas dan ketat untuk mengelakkan angin masuk
kepala.
|
10.30 – 12 tgh
|
Menyusukan bayi /
Berehat
Makan Tengahari
Berehat
|
12.30 tgh
|
Menyusukan bayi
Berehat
|
2.30 tgh
|
Menyusukan bayi
Berehat.
|
4.30 tgh
|
Makan Petang / Snek Petang / Minum Petang / Makan Ringan
Menguruskan Bayi (Mandi dan Susukan)
Mandi Herba dan Bersihkan Diri
Bertungku / Bertuam
Berparam, Pilis, Tapel, berbengkung dan berstoking. Mengikat Rambut.
|
6.30 ptg
|
Makan Malam
Menyusukan Bayi
Berehat
|
8.30 mlm
|
Menyusukan Bayi
Snek / Minum Malam / Makan Ringan
Berehat
|
10.30 mlm
|
Menyusukan Bayi
Snek / Minum Malam / Makan Ringan
Berehat
|
·
Untuk bayi baru lahir, dianjurkan susu bayi
selang 2 / 3 jam dan sesi susu sekitar 30 – 45 minit untuk menyusu dada.
·
Untuk sesi pam susu, dianjurkan tengah malam /
subuh sebab waktu itu penghasilan susu lebih banyak dari biasa. Sesi pam susu
dalam 15 – 20 minit pun sudah cukup untuk 1 sesi perahan.
·
Perah susu setiap 3 jam sekali / setiap kali
waktu susukan bayi.