Wednesday, May 1, 2019

Nota Khas dari BMT Khas Untuk Rujukan Ibu Dalam Pantang & Penjaga Pantang (Ibu / Ahli Keluarga/ Terapis/ etc)


NOTA DARI BMT KHAS UNTUK IBU DAN PENJAGA IBU PANTANG.

MAKANAN HARIAN YANG BAIK DAN BERKHASIAT UNTUK IBU BERSALIN
Sumber dipetik dari:- Adab dalam Pantang Bersalin dari Sudut Dunia Perbidanan Melayu oleh Anisah Barakbah.

Jenis Sayuran Segar:-
Ulam-ulaman seperti pegaga, bunga kunyit, kunyit, serai, lengkuas, halia, bunga kantan, daun kesum, daun lemuni hitam, daun pudina, pucuk mengkudu, ulam raja, daun kaduk, daun sekentut, daun cemumar, daun kari, daun beluntas, daun ruku / daun selasih, sawi, karet, brokoli, daun ketumbar, daun gajus, daun cekur.
Karot, ubi kentang, daun salad, tomato dan asparagus.

Jenis Ikan-Ikan Segar:-
Ikan bawal putih, selar kuning, merah, jenahak, kerapu, kerisi, siakap, senangin, tilapia merah, tenggiri, ikan haruan dan ikan yu.

Jenis daging-daging Segar:-
Ayam kampong, ayam selasih (ayam hitam), ayam organik, burung merpati, burung unta (ostrich), lembu, kambing, dan rusa. Dibolehkan mengambil hati lembu yang mempunyai khasiat menguatkan darah merah ibu bersalin.

Jenis buah-buahan Segar:-
Delima, kurma, buah tin, buah zaiton, apricot, epal merah, pir, anggur (dibolehkan tetapi tidak terlalu banyak kerana boleh menyebabkan batuk yang mengakibatkan peranak turun), kismis, jus Ribena dan roselle.
Oren, kranberi, peach, strawberi.

Jenis bijirin dan sumber kekacang yang Berkhasiat:-
Gandum (oats), beras, beras perang, kacang badam, kacang pistachio, dan jenis pasta seperti spageti, macaroni, dan lain-lain jenis pasta yang disediakan daripada gandum.

Jenis-jenis rempah ratus yang berkhasiat untuk menambahkan tenaga dan susu ibu:-
Habbatus sauda atau jintan hitam, halba, kulit kayu manis, ketumbar, jintan putih, jintan manis, bunga lawing, cengkih, pelage, lada hitam, dan lada putih.

Pantang Larang Pemakanan:-
·         Makanan tidak segar, diproses, makanan dalam tin, makanan yang disejukkan.
·         Sayuran berciri sejuk dan berangin:- kobis, bayam, terung, semua jenis labu, kacang panjang, timun, tauge, dan bunga kobis.
·         Makanan laut:- udang, ketam, jenis siput, sotong.
·         Makanan berkeju, belacan, ikan kering, udang kering, jeruk sayuran, dan jeruk buahan.
·         Minuman sejuk dan bergas.

Tips Memperbanyak Susu Ibu Secara Tradisional

Resepi Air Rebusan Halba – diamal 2x sehari.
-          1 sudu the penuh biji halba (direbus dengan 2 cawan air sehingga tinggal 1 cawan air halba)
-          Tapis air itu dan tunggu suam-suam panas
-          Masukkan 1 – 2 sudu teh madu sebelum diminum (jika tiada madu, gula dibolehkan)

Resepi Air Kurma Pandan – diamal 2x sehari.
-          Kupas 21 biji kurma, isinya diambil dan direbus bersama daun pandan (1-2 helai)
-          Tapis air itu dan tunggu suam-suam panas
-          Masukkan 1 -2 sudu teh madu sebelum diminum (jika tiada madu, gula dibolehkan)





  
Tips dan Info Susuan Untuk Ibu
Umur
Kekerapan Menyusu Sehari
Kuantiti Susu (auns)
< 1 minggu
6 – 10x
2 – 3 oz
1 minggu – 1 bulan
7 – 8x
2 – 4 oz
1 – 3 bulan
5 – 6x
4 – 5 oz
3 – 6 bulan
4 – 5x
6 – 7 oz
6 – 9 bulan
3 – 4x
7 – 8 oz
9 – 12 bulan
3x
7 – 8 oz
*1 oz = 30ml
Tanda Bayi Dapat Cukup Susu:-
1)      Bayi kenyang dan puas
2)      Berat badan naik setiap minggu
3)      Bayi aktif dan peka
4)      Sekurang-kurangnya 6 diapers basah sehari













Rutin Ibu Dalam Pantang.
Cadangan Yang Boleh Diikuti Ketika Berpantang
Masa
Cadangan / Panduan Ibu
8 pagi
Bersarapan Ringan
8.30 pagi
Menguruskan Bayi (Mandi dan Susukan)
9 pagi
Mandi Herba dan Bersihkan Diri
9.30 pagi
Sesi Bertungku (Sekurang-kurangnya 15 minit / 30 minit)
-          Tungku di bahagian perut, ari-ari, celah kelengkang, pinggang, dan tapak kaki.
-          Boleh juga bertuam di bahagian dada bagi bantu lancarkan susu dan kurangkan bengkak susu.
10 pagi
Berparam / Sapuan Minyak panas di seluruh badan.
Bertapel / Sapuan Losyen panas di perut.
Berpilis / Sapuan pilis di dahi.
Berbengkung dan berstoking.
Mengikat rambut dengan kemas dan ketat untuk mengelakkan angin masuk kepala.
10.30 – 12 tgh
Menyusukan bayi /
Berehat
Makan Tengahari
Berehat
12.30 tgh
Menyusukan bayi
Berehat
2.30 tgh
Menyusukan bayi
Berehat.
4.30 tgh
Makan Petang / Snek Petang / Minum Petang / Makan Ringan
Menguruskan Bayi (Mandi dan Susukan)
Mandi Herba dan Bersihkan Diri
Bertungku / Bertuam
Berparam, Pilis, Tapel, berbengkung dan berstoking. Mengikat Rambut.
6.30 ptg
Makan Malam
Menyusukan Bayi
Berehat
8.30 mlm
Menyusukan Bayi
Snek / Minum Malam / Makan Ringan
Berehat
10.30 mlm
Menyusukan Bayi
Snek / Minum Malam / Makan Ringan
Berehat

·         Untuk bayi baru lahir, dianjurkan susu bayi selang 2 / 3 jam dan sesi susu sekitar 30 – 45 minit untuk menyusu dada.
·         Untuk sesi pam susu, dianjurkan tengah malam / subuh sebab waktu itu penghasilan susu lebih banyak dari biasa. Sesi pam susu dalam 15 – 20 minit pun sudah cukup untuk 1 sesi perahan.
·         Perah susu setiap 3 jam sekali / setiap kali waktu susukan bayi.