Monday, July 1, 2019

Laporan Jualan Tengah Tahuun 2019 BMT

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Berdasarkan laporan pertengahan tahun BMT 2019, kami berhasrat untuk maklumkan kerana permintaan yang kurang di sesetengah kawasan coverage (masih belum popular), pengurusan BMT membuat keputusan untuk mengurangkan jumlah pasukan terapis di kawasan-kawasan terlibat dan menumpukan sepenuhnya modal pemasaran hanya pada kawasan yang mendapat permintaan  tinggi sahaja. Sila maklum buat masa ini, tiada pemasaran terfokus kepada terapis secara personal disebarkan di blog informasi ini dan juga media sosial BMT yang lain. Sebarang query mengenai terapis di kawasan anda, sila berhubung terus dengan pihak pengurusan BMT bagi memeriksa status availability mereka dengan pihak BMT.

Adalah diingatkan bahawa BMT merupakan agen pemasaran pada para terapis yang memerlukan perkhidmatan pemasaran ini & bekerjasama sepenuhnya bagi mendapatkan klien yang dipercayai. Harga perkhidmatan BMT adalah selaras dan berdasarkan kepada harga pasaran terkini (mengikut kajian terbaharu daripada group Owner Home & Mobile Spa Malaysia mengenai "Harga Terkini Khidmat Urutan Tradisional & Postnatal 2019", 2019). Kami tidak mengikat mana-mana terapis namun dalam masa sama menjaga terapis freelance kami sebaik mungkin.

Sekian, Terima Kasih.


Laporan Rumusan BMT Sales & Peratusan Klien