Monday, April 22, 2019

Pn. Husna BMT mula bertugas Januari 2019 onwards Covering Bangi Seksyn 8 and Sekitar.

Assalamualaikum,

Salam kenal pada pembaca baharu blog informasi BMT. Terpanggil Pn. Husna nak buat writing sikit hari ini sebab banyak rakan2 seperjuangan dah bertanya, begitu juga klien-klien lama Pn. Husna.., Pn. Husna dah start urut semula ke? Jadi suka Pn. Husna nak inform yang betul, Pn. Husna dah start bekerja semula sebagai terapis di bawah BMT, brand company Pn. Husna dan Husband, Manager Ahmar. Pn. Husna akan attend mana-mana projek di bawah BMT yang terdekat dengan Pn. Husna, mostly di area kami di Bandar Baru Bangi. Insyaallah.

Dalam masa sama, jika ada rakan2 BMT yang tiba-tiba tak dapat attend klien yang sudah request dan book, Pn. Husna juga akan turun padang menggantikan (jika tiada pengganti lain dalam kalangan team) beliau.






BMT adalah satu platform yang digunakan oleh terapis freelance untuk grow dan dikenali. Team kita terdiri daripada mereka yang memerlukan marketing kita kerana 1) tidak aktif /arif dalam marketing secara online 2) berkepakaran, tapi tidak tahu mencari klien. BMT akan step up sebagai agen yang membantu terapis-terapis ini dan memberikan projek-projek BMT kepada mereka.

BMT juga adalah satu platform yang sangat berguna untuk klien dan pelanggan yang mencari kami. Ini kerana team kita adalah trusted team, experienced, friendly, certified dan Malaysian. Terapis yang berminat untuk menjadi sebahagian dari BMT team perlu sekurang-kurangnya 2 tahun pengalaman dan 1 sijil belajar urutan, 1 resume dan SSM (jika ada).

Profile BMT team turut dimuat-turun untuk rujukan klien bagi mengenali terapis-terapis BMT team di sekliling anda dengan lebih dekat. Sebarang pertanyaan juga, boleh diajukan ke general line kami, yang dikuasai dan dinahkodakan sepenuhnya oleh Pengurus En. Ahmar, husband kepada Pn. Husna yang turut menjadi tunjang belakang BMT sekarang. Segala pengaturcaraan projek yang diterima dari klien dan jadual terapis dikelolakan sepenuhnya oleh Pengurus En. Ahmar, dibantu oleh Direktor / Terapis Pn. Husna.

Untuk mendapatkan dan melihat review kami, dijemput ke ruang atas blog bahagian Review. Bagi tujuan mengenali para terapis, boleh ke bahagian Profil Terapis.

Akhir kata,
Semoga urusan kami dipermudahkan, dan semoga urusan anda juga begitu.

Harap maaf, kami tidak dapat mengambil sudden booking kerana BMT Management memerlukan pengesahan deposit bagi mengesahkan booking, dan jadual terapis freelance BMT juga senantiasa padat.

Booking bagi khidmat urutan postnatal / pantang samada natural/ceaser: 3 bulan sekurang2nya.
Booking bagi khidmat urutan prenatal ibu megnandung / urutan tradisional: 1 minggu sebelum.

30% deposit diperlukan bagi setiap booking.
Baki bayaran perlu dibayar pada hari pertama.
Dragging payment / Kelewatan bayaran kepada pihak BMT = Denda, rujuk Polices Term & Condition.

TQVM dan take care,

Salam sihat,
Pn. Husna Adilah.
Direktor / Manager / Terapis
BMT Enterprise.