Friday, July 26, 2019

Congratulations Terapis Terbaik Minggu Ini (July Week 4) : 2019



Our This Week Outstanding Therapist Performance based on Number of Positive Reviews Received By Clients. Sama amaun review pula ni 🤲😍. Congratulations Puan Shira Arif & Puan Husna Adilah Binti Sidek
Puan Shira cover di bahagian Serdang, Seri Kembangan dan sekitar. Klien yang berminat untuk mendapatkan / booking khidmat Puan Shira BMT boleh roger Management / Pengurusan di talian di bawah:-
Puan Husna cover di bahagian Bangi dan Kajang dan sekitar. Klien yang berminat untuk mendapatkan / booking khidmat Puan Husna BMT boleh roger Management / Pengurusan di talian di bawah:-
Coverage Pn. Mashirah: Serdang, Seri Kembangan dan sekitar 
Coverage Pn. Husna: Bangi, Kajang dan sekitar 
Ruangan Komen Untuk Review Klien:- 👇🌺
@ jom ke link review BMT Terapis Freelance kami:-
cc: BMTShira Shira Arif
cc: Book My Therapist Team
cc: Manager Ahmar Yusoff Bin Ibrahim
cc: Director Husna Adilah Binti Sidek





Review Puan Shira








Review Puan Husna







Monday, July 22, 2019

Congratulations Terapis Terbaik Minggu Ini (July Week 3) : 2019

Our This Week Outstanding Therapist Performance based on Number of Positive Review Received By Clients. Congratulations Puan Shira Arif
Positive Review 100% diterima Minggu Lepas dari klien-klien yang di- attend Puan Shira.
Puan Shira cover di bahagian Serdang, Seri Kembangan dan sekitar. Klien yang berminat untuk mendapatkan / booking khidmat Puan Shira BMT boleh roger Management / Pengurusan di talian di bawah:-
Coverage Pn. Mashirah: Serdang, Seri Kembangan dan sekitar 


Wednesday, July 10, 2019

Congratulations Terapis Terbaik Minggu Ini (July Week 2) : 2019





Our This Week Outstanding Therapist Performance based on Number of Review Received By Clients. Congratulations Puan Dila Dylla Azmin!
Positive Review 100% diterima Minggu Lepas dari klien-klien yang di- attend Puan Dila.
Puan Dila cover di bahagian Cheras dan sekitar. Klien yang berminat untuk mendapatkan / booking khidmat Puan Dila BMT boleh roger Management / Pengurusan di talian di bawah:-
Coverage Pn. Dila: Cheras dan sekitar 

Monday, July 1, 2019

Laporan Jualan Tengah Tahuun 2019 BMT

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Berdasarkan laporan pertengahan tahun BMT 2019, kami berhasrat untuk maklumkan kerana permintaan yang kurang di sesetengah kawasan coverage (masih belum popular), pengurusan BMT membuat keputusan untuk mengurangkan jumlah pasukan terapis di kawasan-kawasan terlibat dan menumpukan sepenuhnya modal pemasaran hanya pada kawasan yang mendapat permintaan  tinggi sahaja. Sila maklum buat masa ini, tiada pemasaran terfokus kepada terapis secara personal disebarkan di blog informasi ini dan juga media sosial BMT yang lain. Sebarang query mengenai terapis di kawasan anda, sila berhubung terus dengan pihak pengurusan BMT bagi memeriksa status availability mereka dengan pihak BMT.

Adalah diingatkan bahawa BMT merupakan agen pemasaran pada para terapis yang memerlukan perkhidmatan pemasaran ini & bekerjasama sepenuhnya bagi mendapatkan klien yang dipercayai. Harga perkhidmatan BMT adalah selaras dan berdasarkan kepada harga pasaran terkini (mengikut kajian terbaharu daripada group Owner Home & Mobile Spa Malaysia mengenai "Harga Terkini Khidmat Urutan Tradisional & Postnatal 2019", 2019). Kami tidak mengikat mana-mana terapis namun dalam masa sama menjaga terapis freelance kami sebaik mungkin.

Sekian, Terima Kasih.


Laporan Rumusan BMT Sales & Peratusan Klien

Pakej dan Servis BookMyTherapist (BMT)



Dikemaskini pada: 1.7.2019
Oleh: Manager Ahmar

Sunday, June 30, 2019

Jamuan Raya BMT 2019 - 1440 H

Alhamdulillah..

Berkesempatan meraikan Team BMT 2019 bersempena Aidilfitri, Syawal kali ini. Bertemu itu jodoh dan rezeki. Syukur kami dapat berjumpa dalam jamuan raya kali ini. Hopefully tahun depan sekiranya BMT masih maju melangkah dan masih mendapat tempat dalam kalangan Terapis sebagai platform marketing mereka, juga dalam kalangan klien yang menyokong kami, tahun depan kita berjumpa lagi ya!

Daun selasih wangi baunya,
Seri si taman dengan sang mawar,
Indah hubungan dengan doanya,
Semoga pertemuan, menjadi penawar..

Kasih sang ibu, marah- marahkan
Kasih sang bapa, tangan-tangankan
Kasih BMT, kita usahakan,
Yang terbaik, jadikan teladan.

Adat orang berkasih,
Ada masa marahkan juga.
Kami ucapkan Terima kasih
Semoga tahun depan berjumpa lagi kita.

Sekian, 
BMT Management 2019
Ahmar & Husna























Wednesday, May 1, 2019

Nota Khas dari BMT Khas Untuk Rujukan Ibu Dalam Pantang & Penjaga Pantang (Ibu / Ahli Keluarga/ Terapis/ etc)


NOTA DARI BMT KHAS UNTUK IBU DAN PENJAGA IBU PANTANG.

MAKANAN HARIAN YANG BAIK DAN BERKHASIAT UNTUK IBU BERSALIN
Sumber dipetik dari:- Adab dalam Pantang Bersalin dari Sudut Dunia Perbidanan Melayu oleh Anisah Barakbah.

Jenis Sayuran Segar:-
Ulam-ulaman seperti pegaga, bunga kunyit, kunyit, serai, lengkuas, halia, bunga kantan, daun kesum, daun lemuni hitam, daun pudina, pucuk mengkudu, ulam raja, daun kaduk, daun sekentut, daun cemumar, daun kari, daun beluntas, daun ruku / daun selasih, sawi, karet, brokoli, daun ketumbar, daun gajus, daun cekur.
Karot, ubi kentang, daun salad, tomato dan asparagus.

Jenis Ikan-Ikan Segar:-
Ikan bawal putih, selar kuning, merah, jenahak, kerapu, kerisi, siakap, senangin, tilapia merah, tenggiri, ikan haruan dan ikan yu.

Jenis daging-daging Segar:-
Ayam kampong, ayam selasih (ayam hitam), ayam organik, burung merpati, burung unta (ostrich), lembu, kambing, dan rusa. Dibolehkan mengambil hati lembu yang mempunyai khasiat menguatkan darah merah ibu bersalin.

Jenis buah-buahan Segar:-
Delima, kurma, buah tin, buah zaiton, apricot, epal merah, pir, anggur (dibolehkan tetapi tidak terlalu banyak kerana boleh menyebabkan batuk yang mengakibatkan peranak turun), kismis, jus Ribena dan roselle.
Oren, kranberi, peach, strawberi.

Jenis bijirin dan sumber kekacang yang Berkhasiat:-
Gandum (oats), beras, beras perang, kacang badam, kacang pistachio, dan jenis pasta seperti spageti, macaroni, dan lain-lain jenis pasta yang disediakan daripada gandum.

Jenis-jenis rempah ratus yang berkhasiat untuk menambahkan tenaga dan susu ibu:-
Habbatus sauda atau jintan hitam, halba, kulit kayu manis, ketumbar, jintan putih, jintan manis, bunga lawing, cengkih, pelage, lada hitam, dan lada putih.

Pantang Larang Pemakanan:-
·         Makanan tidak segar, diproses, makanan dalam tin, makanan yang disejukkan.
·         Sayuran berciri sejuk dan berangin:- kobis, bayam, terung, semua jenis labu, kacang panjang, timun, tauge, dan bunga kobis.
·         Makanan laut:- udang, ketam, jenis siput, sotong.
·         Makanan berkeju, belacan, ikan kering, udang kering, jeruk sayuran, dan jeruk buahan.
·         Minuman sejuk dan bergas.

Tips Memperbanyak Susu Ibu Secara Tradisional

Resepi Air Rebusan Halba – diamal 2x sehari.
-          1 sudu the penuh biji halba (direbus dengan 2 cawan air sehingga tinggal 1 cawan air halba)
-          Tapis air itu dan tunggu suam-suam panas
-          Masukkan 1 – 2 sudu teh madu sebelum diminum (jika tiada madu, gula dibolehkan)

Resepi Air Kurma Pandan – diamal 2x sehari.
-          Kupas 21 biji kurma, isinya diambil dan direbus bersama daun pandan (1-2 helai)
-          Tapis air itu dan tunggu suam-suam panas
-          Masukkan 1 -2 sudu teh madu sebelum diminum (jika tiada madu, gula dibolehkan)





  
Tips dan Info Susuan Untuk Ibu
Umur
Kekerapan Menyusu Sehari
Kuantiti Susu (auns)
< 1 minggu
6 – 10x
2 – 3 oz
1 minggu – 1 bulan
7 – 8x
2 – 4 oz
1 – 3 bulan
5 – 6x
4 – 5 oz
3 – 6 bulan
4 – 5x
6 – 7 oz
6 – 9 bulan
3 – 4x
7 – 8 oz
9 – 12 bulan
3x
7 – 8 oz
*1 oz = 30ml
Tanda Bayi Dapat Cukup Susu:-
1)      Bayi kenyang dan puas
2)      Berat badan naik setiap minggu
3)      Bayi aktif dan peka
4)      Sekurang-kurangnya 6 diapers basah sehari













Rutin Ibu Dalam Pantang.
Cadangan Yang Boleh Diikuti Ketika Berpantang
Masa
Cadangan / Panduan Ibu
8 pagi
Bersarapan Ringan
8.30 pagi
Menguruskan Bayi (Mandi dan Susukan)
9 pagi
Mandi Herba dan Bersihkan Diri
9.30 pagi
Sesi Bertungku (Sekurang-kurangnya 15 minit / 30 minit)
-          Tungku di bahagian perut, ari-ari, celah kelengkang, pinggang, dan tapak kaki.
-          Boleh juga bertuam di bahagian dada bagi bantu lancarkan susu dan kurangkan bengkak susu.
10 pagi
Berparam / Sapuan Minyak panas di seluruh badan.
Bertapel / Sapuan Losyen panas di perut.
Berpilis / Sapuan pilis di dahi.
Berbengkung dan berstoking.
Mengikat rambut dengan kemas dan ketat untuk mengelakkan angin masuk kepala.
10.30 – 12 tgh
Menyusukan bayi /
Berehat
Makan Tengahari
Berehat
12.30 tgh
Menyusukan bayi
Berehat
2.30 tgh
Menyusukan bayi
Berehat.
4.30 tgh
Makan Petang / Snek Petang / Minum Petang / Makan Ringan
Menguruskan Bayi (Mandi dan Susukan)
Mandi Herba dan Bersihkan Diri
Bertungku / Bertuam
Berparam, Pilis, Tapel, berbengkung dan berstoking. Mengikat Rambut.
6.30 ptg
Makan Malam
Menyusukan Bayi
Berehat
8.30 mlm
Menyusukan Bayi
Snek / Minum Malam / Makan Ringan
Berehat
10.30 mlm
Menyusukan Bayi
Snek / Minum Malam / Makan Ringan
Berehat

·         Untuk bayi baru lahir, dianjurkan susu bayi selang 2 / 3 jam dan sesi susu sekitar 30 – 45 minit untuk menyusu dada.
·         Untuk sesi pam susu, dianjurkan tengah malam / subuh sebab waktu itu penghasilan susu lebih banyak dari biasa. Sesi pam susu dalam 15 – 20 minit pun sudah cukup untuk 1 sesi perahan.
·         Perah susu setiap 3 jam sekali / setiap kali waktu susukan bayi.